Red Rose



Rabu, 22 Januari 2014

TUNGKU HERBA => RM45

=>Di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat siam, yang menggunakan beberapa ramuan herba yg dipanaskan melalui kaedah pengewapan (stim/kukus) lalu dituam kebadan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik terutamanya bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

=>Dibungkus menggunakan kain cotton yang mengandungi campuran herba seperti halia bara(plai),kunyit,limau purut,serai wangi dan lain-lain. Ramai yang mengetahui kebaikkan khasiat "bertungku" tetapi sukar serta remeh hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku dan sebagainya.


KEBAIKAN BERTUNGKU
===============
• Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim
• Melancarkan darah nifas/haid (atasi senggugut)
• Berfungsi sebagai " Batu Tungku" yang mudah dan ringkas.
• Menghangatkan urat2 sejuk, kembang & tegang.
• Melancarkan peredaran darah
• Menghilangkan masalah lenguh2/kebas & angin2 bisa dalam badan.


CARA PENGGUNAAN:-
==============

Kaedah pertama => KUKUS/STIM

• Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.
• Letakkan 1 bungkus pek Tungku Herba diatas pengukus tersebut.Biarkan antara 10-15 minit ( mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki ).
• Keluarkan Tungku Herba. pek Tungku Herba yang sedang panas tadi dilap dgn tuala bagi mengurangkan basah wap, Kemudian dituam secara cepat diperut.
• Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama di bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
• Setelah Tungku Herba Sejuk ulang cara bertungku yg sama.
• Rawatan bertungku disyorkan dilakukan pada waktu pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga habis tempoh berpantang.

Kaedah Kedua =>SETERIKA PANAS.

•Tungku Herba boleh juga dipanaskan mengunakan seterika dengan menekap permukaan Tungku Herba dibahagian permukaan seterika.Apabila cukup panas (mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki), Tuam pada bahagian perut. Keringkan dan simpan didalam peti sejuk untuk ketahanan jangka panjang.Boleh digunakan untuk tempoh yang lama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan