Red Rose



Isnin, 20 Jun 2016

Lempoyang apa tu?

Malam td berbual dlm group whatsapp bersama kwn2 sekolah lama topic utama kami "berpantang".Lepas tu keluar cerita pasal tumbuhan herba LEMPOYANG.So, pagi ni kakju nak cerita pasal herba yg satu ni..Moh ler follow me..WiNk..WiNk...
TAHUKAH ANDA pokok apakah ini???
Inilah pokok Lempoyang
Nama saintifiknya adalah Zingiber Zerumbet, merupakan sebahagian dari keluarga ginger/ halia. Pokoknya mempunyai bunga yg cantik dan ubi seakan halia. Malah ada sesetengah org menjadikan pokok ini sbgai hiasan pokok landskap. Cara ia membiak seakan sama seperti halia dan secara naturalnya ia tumbuh di kawasan semak samun.
TAHUKAH ANDA khasiat Lempoyang ini???
*Khasiat Lempoyang ini digunakan secara tradisional utk membersih dan mencantikkan kulit wajah iaitu dgn cara meminum air perahan kulit ubinya yg dikikis dan dicampur bersama sedikit madu.
*Selain itu khasiatnya juga dapat mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan. Merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) serta dapat juga memperbanyakkan air susu badan.
***Mengikut laporan kajian yang dibuat oleh UPM Serdang;
“Hasil penyelidikan selama lapan tahun, enam penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan herba, lempoyang bagi merawat dan mencegah kanser pangkal rahim tanpa sebarang kesan sampingan.
Tidak seperti ubat sintetik biasa, hasil penyelidikan mereka membuktikan bahan berkenaan yang dipercayai antara produk terawal seumpamanya di dunia itu hanya membunuh sel kanser secara khusus tanpa mengganggu sel dan tisu normal lain”.
Ketua penyelidik, Dr Ahmad Bustamam Abdul.
Kalau tak tahu apa itu lempoyang. Cuba tanya orang tua2. Mesti dia tahu..