Red Rose



Khamis, 21 Ogos 2014

APA KAITAN KENCING KOTOR DENGAN KEPUTIHAN ?

#KENCING KOTOR :
Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotoradalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis).

“Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas. Jika jangkitan sudahmerebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah,”
Demikian terang Dr.Khairiah.

Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini.

Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.

Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah jangkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherichia coli. Jadi rawatannya adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. Jika seseorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram(IVU). Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

#KEPUTIHAN :
keputihan yang normal terjadi pada setiap wanita . Keputihan Vagina atau dalam bahasa medicalnya disebut leukore atau flour albus, adalah cairan yang keluar dari vagina/liang kemaluan secara berlebihan. Dalam keadaan normal, cairan ini tidak sampai keluar, namun belum tentu cairan yang keluar tersebut merupakan suatu penyakit.

TETAPI, keputihan boleh menyebabkan kencing kotor kalau keputihan tu terlalu teruk
Bila cairan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit apabila ditekan pada daerah sekitar kemaluan, nyilu/sakit ketika membuang air kecil, maka kemungkinan besar wanita tersebut mengalami jangkitan kuman yang disebabkan oleh Nisseria Gonorrhea. Rawatan biasanya menggunakan antibiotik dari group penicillin.

DRPD INFO DI ATAS, SEBAIKNYA GUNAKANLAH PENCUCI WANITA YANG TERBAIK DARI YANG TERBAIK :

FEMININ WASH SERI DEWI MALAM, PH yg sgt sesuai untuk missV, bauan yg menyegarkan dan harga yg mampu beli...... anda pasti TERPESONA, SUAMI PASTI TAK KECEWA...insyaAllah.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan