Red Rose



Rabu, 22 Januari 2014

COLLAGEN HERBALICIOUS WHITE RM 70 12 SACHET

FUNGSI KOLAGEN - 
Kolagen bagus untuk kulit . Ianya membantu mengembalikan keremajaan kulit dan seterusnya mencantikan kulit . Kolagen ialah ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda dan menjadi pilihan utama wanita pada masa kini. Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit. Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.

Kepentingan Collagen/ Kolagen kpd Tubuh Manusia

Ramai wanita yang merasa bimbang melihat kedu-kedut halus yang mula muncul pada sekitar wajah apabila usia kian meningkat. Biarpun berlaku secara semulajadi, ia tetap merisaukan kerana kedutan yang banyak mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang.

Pertumbuhan sel baru kulit agak perlahan, lapisan dalam kulit (dermis) yang kian menipis menjadikan proses pembaikan kulit menjadi perlahan. Selain perubahan hormon dalam tubuh, pelbagai faktor luaran seperti pencemaran dan sebagainya turut menjejaskan pengeluaran kolagen. Apabila ia berkurang, keanjalan kulit mula hilang. Selain masalah kulit, penyusutan kolagen ini turut menjejaskan kecantikan rambut (rambut gugur), kuku mula rapuh dan tahap metabolisme menurun.

Fungsi Kolagen :

# Kolagen adalah komponen protein utama di dalam tubuh. Kewujudannya merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang,kartilaj (sendi), saluran darah, tendons dan gigi
# Terdapat beberapa jenis kolagen seperti kolagen I (kulit, tendon tulang, kornea (mata), II (rawan, tulang belakang), III (kulit fetal, jantung), IV (membran dasar).
Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an.
# Merupakan penjaga bentuk dan struktur tubuh serta penyambung jaringan halus pada rangka tubuh.
# Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin kurang kolagen. Inilah antara punca kedutan.
Kesan kekurangan kolagen menampakkan kesan penuaan terutama pada kulit dan wajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan