Red Rose



Selasa, 28 Januari 2014

HOW TO USE SINUS PRODUCT..... KAT SINI SECARA DETAILNYA CARA2 PENGGUNAAN DAN SEDIKIT INFO TENTANG RESDUNG YANG KITA TAK TAHU....

TAK TAHAN !! PAGI2 BERSIN! GATAL HIDUNG! ANDA ADA GEJALA DIBAWAH ?

• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

ITU GEJALA RESDUNG !!

KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

DAPATKAN RAWATAN TERBAIK DARI SERI DEWI MALAM SINUS CLEAR RESDUNG SET ==================================================================
PENERANGAN  PENGGUNAAN.
1. Buat RAWATAN terlebih dahulu dgn SERBUK PENAWAR SINUS-CLEAR.
Tujuannya utk mengeluarkan kuman2, hama2 dan ulat resdung drp kawasan rongga/sinus yg berlubang disebalik muka kita.

2. Amalkan pil jamu resdung SINUS-CLEAR 2 biji pagi dan 2 biji malam setiap hari utk membunuh kuman resdung dan mengeringkan cairan sinus. Cairan sinus adalah normal tetapi ia menjadi tidak normal apabila ianya terlalu banyak, dijangkiti kuman, menjadi berbau, pekat likat dan mula bertukar warna kpd hijau. Lama kelamaan lendir sinus ini akan menjadi tempat ulat membiak. Ulat memang secara semulajadinya ada di dalam badan kita dan ianya amat halus. Ia akan membiak dan boleh membesar sehingga sebesar ibujari jika ia memakan daging2 busuk di rongga sinus. Ulat juga didapati amat banyak di tubuh mereka yg mengamalkan memakan babi berbanding mereka yg tidak memakan babi.

(TIDAK BOLE DIAMBIL DGN JAMU SDM YG LAIN SBB MMG PANAZZZ. ATAU BOLEH DISELANGSELIKAN MENGIKUT HARI)

CARA PENGGUNAAN:
1. SERBUK PENAWAR SINUS-CLEAR

Ambil 1 sudu besar dan dicampur dgn 4cawan air.
Didihkan diatas api utk mendapatkan wapnya.
Ketukkan 7 ulas bawang putih + 7 ulas bawang merah kecil tanpa dikupas kulitnya.
Ini adalah utk mendapatkan aroma serta khasiat gas di dlm bawang.
Bila mendidih padamkan api.
Wapkan muka ke atas wap tadi dan selubungkan muka dgn kain tuala supaya wap tidak terlepas.
Buat selama beberapa minit shgga tiada wap lagi.
Pada masa ini lendir akan mula kluar dan kuman2 atau ulat akan kluar dr persembunyian mereka (jika ada..jika adalah..mintak2 takde)

PETUA: LAKUKAN RAWATAN INI SEBANYAK 7X SEHARI DGN AIR REBUSAN YG SAMA DLM SEHARI.
(NIWAY AIR REBUSAN AKAN BASI PADA ESOK HARI. TP KALAU DAH BYK SNGT LENDIR YG BERCAMPUR, ELOK BUAT SAJA BANCUHAN BARU).

ULANG PROSES SELAMA 7 HARI BERTURUT2.
INSYAALLAH AKAN MATI SEMUA KUMAN DAN ULAT SEBANYAK 7 KETURUNAN. :)
TUJUANNYA ADALAH SPYA KITA LAKUKAN SECARA KONSISTEN DAN HANYA NAK PASTIKAN RONGGA SINUS BEBAS DR KUMAN N ULAT DAN MEREKA BETUL2 MATI DAN RONGGA BETUL2 BERSIH.
AND OF KOS DIMULAKAN DGN BISMILLAH N SELAWAT SEBANYAK 7X.

====================================================================================  RESDUNG :

Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.   

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.   

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.   
Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.      
APAKAH SINUS ?   

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.    Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.    Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.    Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.    Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.    Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.   

APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL   

Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.    Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.    Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.    Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.    Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.   
Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :   
* Sinus maxilla   
* Sinus ethmoid   
* Sinus frontal   
* Sinus sphneoid   

APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)   

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.   
Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:   
* Streptococcus   
* Staphylococcus   

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.    Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.   

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)   
• Hidung selalu tersumbat   
• Lender dari hidung dan tekak   
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata   
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang   
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan   
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya   

KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)   

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata   
• Jangkitan otak   
• Sakit tekak yang kronik   
• Jangkitan tulang muka   
• Menerukkan keadaan lelah   
• Berdengkur secara kronik   
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil   
• Alahan hidung   
• Selsema biasa yang melarat   

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK   

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:   

a. Radangan pada hidung.   
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:   
* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).    Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.   

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser    di hidung)    Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.   

c. Jangkitan pada gigi geraham atas    Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.   

d. Genetik    Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.         

JENIS  RESDUNG (SINUSITIS)   

*  Akut   

*  Kronik   

AKUT   

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.    Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.   

Antara ciri-cirinya ialah :   
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.   
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.   
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.   

KRONIK    Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.    Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:   

Kegatalan pada bahagian muka yang teruk       
Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.       
Kerap bersin pada waktu pagi       
Ada kalanya hidung tersumbat       
Tanpa demam tetapi hingus bertambah       
Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala       
Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.   

INDIVIDU BERISIKO   

* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat   
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung   
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok   
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.   

KOMPLIKASI   

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.   

* Kanak-kanak   

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.    Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.   
Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.   
Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.   

* Dewasa   

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.    Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.   
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan