Red Rose



Sabtu, 18 Januari 2014

Petua Untuk Mengelak Faraj Berbau

(Mohon maaf jika artikel ini agak menyinggung ketenteraman sesetengah pihak. Tujuannya hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat demi kebaikan kaum wanita. Terima Kasih.)

Pilihan 1: Ambil 2 helai daun sireh dan juga pucuk pegaga. Rebus kedua-duanya hingga hampir hancur. Sejukkan air rebusan tersebut dan cuci alat sulit anda 2 - 3 kali sehari. Bau dan gatal-gatal
 pada alat sulit akan hilang.

Pilihan 2: Ini ada petua orang Jawa untuk mengharumkan faraj. Ambil daun kemangi sebanyak 25 gram, pandan wangi sebanyak 5 gram, gula aren (batu) juga 5 gram serta garam secukup rasa. Daun kemangi dan pandan wangi ditumbuk lumat dan kemudian dicampurkan dengan setengah gelas air. Tapis dan perah airnya. Campurkan garam dan gula aren secukup rasa. Bancuh sehingga sekata. Minum selepas makan malam dan menjelang tidur. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut-turut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan