Red Rose



Khamis, 2 Januari 2014

INFO: Jangkitan kulat pada kulit bayi

KULIT bayi yang halus memerlukan penjagaan khusus kerana ia mudah mengalami keradangan berbanding kulit orang dewasa. Komplikasi daripada masalah ruam lampin ini termasuklah mengalami jangkitan bakteria dan kulat pada kulit, jangkitan salur kencing dan ruam alahan kulit iaitu ekzema.

Kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin iaitu kulit bayi yang sensitif menjadi merah dan mengalami keradangan terutama di bahagian punggung, kemaluan, celah kangkang dan bahagian dalam peha.

Ruam lampin berlaku pada bahagian dan sekitar tempat yang ditutupi lampin dan keadaan ini boleh menyebabkan bayi tidak selesa serta meragam. Faktor penyebab kepada masalah ini berlaku apabila kulit bayi yang sensitif dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama menyentuh air kencing dan juga najis.

Disebabkan tempoh ‘pemerapan’ bahan buangan itu terlalu lama, ia mula memberikan kesan pada kulit bayi anda dan perkara ini perlu dielakkan.

Rutin penukaran lampin bayi

> Cuci punggung bayi dengan kapas dan gunakan sabun yang tidak memiliki bahan pewangi.

> Anginkan seketika bahagian berkenaan sehingga kering.

> Jika menggunakan lampin kain, bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta serta jemur di bawah cahaya matahari terik.

> Ambil langkah pencegahan sepatutnya jika berlaku ruam lampin untuk mengelakkan daripada terus merebak....PM saya untuk info mengenai Minyak kelapa dara~NEMO Nature`s Essence Miracle Oil wth Lemon Aroma Therapy Seri Dewi Malam yg 1001 kegunaan..


PM/SMS/WHATSAPP/WECHAT 014-6485767 KAK ROY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan