Red Rose



Rabu, 19 November 2014

BAHAYA HAID TAK TERATUR

BAHAYA HAID TIDAK TERATUR
===================================== ‪#‎INFO_PENTING‬
HAID REGULAR bermaksud kitaran antara 25 ke 35 hari. Jadi kalau haid datang awal sikit atau lewat sikit tetapi tidak lebih dari kitaran 35 hari ianya masih normal.
=====================================

Yang admin ingin ketengahkan adalah haid yang datang beberapa bulan sekali atau tidak datang langsung atau datang terlalu kerap dan lama. Lebih dari 90% pesakit yang ada masalah ini sebenarnya mengalami sindrom Polycystic Ovary ditandai dengan haid yg tidak teratur, lebihan hormon testosterone apabila diambil darah atau lebihan bulu pada tempat yang tidak sepatutnya pada wanita seperti di atas dagu atau bibir atas menyerupai misai lelaki dan apabila doktor melakukan scan melalui faraj ovari mempunyai banyak anak anak telur kecil.
Antara komplikasi ‪#‎PCOS‬ adalah penukaran sel dinding rahim menjadi prakanser dan kanser.Saya mempunyai ramai pesakit yg mengalami gejala ini dan juga pada masa yg sama mengalami masalah kesuburan tetapi rawatan kesuburan terpaksa ditanggunhkan kerana mereka juga mendapat hyperplasia pada dinding rahim iaitu sel sel bertukar menjadi pra kanser. Dalam keadaan seperti ini doktor berada dalam dilema kerana rawatan prakanser perlu dimulakan selama beberapa tempoh sebelum rawatan kesuburan dapat dimulakan.
Pada 1 atau 2 tahun pertama seorang remaja mulai didatang haid kitarannya mungkin tidak teratur tetapi perkara ini tidak boleh dibiarkan berkekalan. Berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca haid tidak regular. Jika dibiarkan berlarutan ianya mungkin akan mengundang risiko mendapat pra kanser dan kanser rahim.
Admin harap semua wanita faham dan tahu akan risiko yang bakal di hadapi.
1. Jaga 'aset' wanita yang kita ada ini
2. Jika ada masalah, jangan tunggu lama-lama. Dapatkan rawatan dan penyelesaian segera.
3. Ubah cara hidup dan pemakanan
4. Jangan ambil remeh, dan jangan main-main. Nanti sendiri yang tanggung risiko.
5. Berkongsi pengetahuan ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain dengan tagged atau share post ini.

....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan