Red Rose



Isnin, 11 November 2013

KEHAMILAN YANG HAMPIR GUGUR ATAU THREATENED MISSCARRIAGE

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

GEJALA DAN SIMPTOM
Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:
• Merah pekat
• Merah cair
• Coklat
• Kadang-kadang berketul darah
• Sakit belakang
• Sakit pada ari-ari

SEBAB BERLAKU KEHAMILAN YANG HAMPIR GUGUR
Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:
• Jangkitan kuman pada faraj
• Polip pada pangkal rahim
• Hamil di luar rahim
• Kanser pangkal rahim

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.

Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan