Red Rose



Rabu, 18 Disember 2013

APA ITU PCOS??

PCOS ni ialah POLYCISTIC OVARIAN SYNDROME.Paling senang nak faham,masalah reproduksi yang terjadi daripada ketidakstabilan hormon yang membuatkan kitaran haid tak tentu.

Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung adalah pengidap PCOS ini.

Punca PCOS masih tak diketahui sepenuhnya dan research sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ianya terjadi.

Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.

PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tak kira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tapi bukan penyakit keturunan.

Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza beza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar.

Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.

Antara gejala PCOS ialah :❀ Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi (kejap datang bulan,kejap tak)❀ Tahap hormon androgen yang tinggi (terlebih hormon lelaki dan berbulu lebat)❀ Polycystic Ovari (beberapa cyst dalam ovari)

SUMBER:simanisizzah.blogspot

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT RUNDINGAN RAWATAN BERSAMA SERI DEWI MALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan