Tetapi hal ini tidak terjadi pada kehamilan anggur. Kehamilan anggur atau mola hidatidosa merupakan keadaan rahim tidak berisi janin. Sebaliknya hanya berisi gelembung-gelembung mirip buah anggur.
Sel telur (sel dalam) terhenti perkembangannya pada minggu ke-3 atau ke-4. Sel luar (trofoblas) sahaja yang berkembang dan membentuk plasenta. Masalah ini mungkin dapat dikesan seawal minggu ke-6 kehamilan.
Sel trofoblas yang kosong ini kemudiannyamembengkak, membentuk gelembung-gelembung berisi cairan, mirip buah anggur. Ukurannya ada pelbagai saiz. Ada yang antara 1 mm hingga 2 sm.
Jika dilihat melalui mikroskop, tidak ada pembuluh darah di dalamnya. Bagaimanapun jumlah selnya tetap terus bertambah.
Simptom
** Kadar HormonChorionic Ginadothropin (HGC) tinggi.
** Kandungan kelihatan lebih besar, hamil tiga bulan seperti enam bulan.
** Mual dan muntah yang luar biasa pada trimester pertama.
** Berlaku pendarahan yang berulang.
Rawatan
** Sel-sel trofoblas perlu dikeluarkan mengikut prosedur tertentu.
** Hamil anggur yang tidak dirawat boleh mengakibatkan masalah lain termasuk kematian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan