Red Rose



Selasa, 30 Julai 2013

Persoalan Tentang Jamu Dewi Suci

1) Maaf nak tanya, kalau nak ‘insert’ @ masukkan kapsul herba dalam faraj tak bahaya ke? Tak sakit ke nak ‘insert’ ni, macam ngeri je. Nak kena korek pula, kalau tak korek tak boleh? Tak boleh keluar sendiri ke? 


- In shaa Allah tidak memudaratkan kerana kapsul tersebut adalah ramuan herba untuk menyerap segala kekotoran, sisa darah beku, keputihan & etc. Kapsul akan melarut dengan sendirinya. Mengikut pengalaman berates-ratus pengguna, tiada rasa yang menyakitkan mahupun rasa tidak selesa ketika insert sebab kapsul tu sendiri bersifat licin & lembut, bila masuk dalam vagina kita yang lembap, cepat je mencair. Sebab tu di galak kan untuk memasukkan 1 jari terlebih dahulu sebelum memasukkan kapsul untuk mengetahui keadaan di dalam vagina supaya tidak teragak-agak ketika memasukkan kapsul agar kapsul tidak mencair sebelum betul-betul sampai di dalam rahim.



- Cukup 72 jam setelah memasukkan SDM Jamu Dewi Suci wajib korek keluar kekotoran, bagi MT Susukan Qalbu setelah 24 jam cuba tarik keluar kekotoran, kebiasaannya akan keluar kepingan seperti tisu basah iaitu keputihan. ‘Korek’ di sini bermaksud memasukkan 1 jari dan menarik keluar sisa-sisa kotoran yang telah di serap oleh rempah, mengikut pengalaman bukan la sesuatu yang menyakitkan @ memudaratkan. Cuma selalunya selepas ‘inset’ bila nak masuk jari untuk keluarkan kotoran ni macam susah sikit, maklum la faraj dah kembali dara kan. Wajib korek keluar sebab kekotoran tu tak boleh keluar sendiri kerana vagina kita ni penuh dengan lipatan & berotot, kalau dah ‘ketat’ tak kan la boleh keluar sendiri kan.





2) Saya dah insert JDS hr tu, bila korek tak keluar apa2, 2-3 kali korek tak da apa2, kenapa ya?
- Bagi pengguna Jamu Dewi Suci selepas 72 jam korek tiada apa- apa yang keluar, tandanya rahim kembang, kebiasaannya pengguna mengalami masalah rahim terlampau becak, longgar, & masalah keputihan yang kronik. Amalkan Jamu Dewi Dara 2 kapsul setiap hari untuk mengecutkan rahim & mencairkan keputihan, setelah sebulan, amalkan rawatan JDS sekali lagi selepas period.

3) Saya baru buat rawatan menggunakan Jamu Dewi Suci sebulan yang lepas... baru-baru ni saya cuba guna Susukan Qalbu, kenapa masih lagi keluar keputihan?? Bukan ke saya dah buat pembersihan dgn JDS tu?



- Sebenarnya vagina yang normal sentiasa menghasilkan cecair di sekitar dinding vagina, keputihan yang normal berwarna jernih seperti putih telur, menjadi tidak normal dan dipanggil masalah keputihan bila keputihan itu bertukar warna susu, kuning, hijau dan gatal - gatal. Secara normal keputihan akan sentiasa dihasilkan, akan melekat di dinding vagina yang berlipat dan berotot. Jika dibiarkan lama kelamaan akan jadi kerak dan mula berkumpul sehingga ke mulut rahim. Keputihan yang telah di jangkiti kuman tanpa di sedari melalui penggunaan tandas atau bakteria akibat perpeluhan di bahagian 'V', boleh menjadi penyumbang masalah seperti Fibroid, Cyst, Endometrosis, Pcos, Period Tak Teratur, Senggugut, Masalah Period Berlarutan, Period sikit2, @ Dah lama tak period dan lain-lain masalah dalaman wanita. Yang juga menyebabkan sukar hamil kerana laluan telah terhalang & tersumbat oleh kerak-kerak keputihan.



- Sebab tu pembersihan menggunakan Jamu Dewi Suci hanya 3 bulan sekali untuk pembersihan rahim, Jamu Dewi Dara di jadikan amalan harian supaya rahim tidak kembang & sentiasa panas untuk merawat keputihan dan mencairkan kerak keputihan, penggunaan Susukan Qalbu pula hanya seminggu sekali supaya keputihan tidak melekat di dinding laluan vagina kita. Jadi jangan risau kalau guna SQ masih keluar kepingan 'tisu basah', itu petanda baik sebab keputihan Berjaya di keluarkan. Untuk kefahaman, vagina sifatnya berotot, berlipat- lipat dan berongga, sama seperti hidung & telinga kita, yang sentiasa mengeluarkan cecair bila dibiarkan akan menjadi keras & berkerak iaitu tahi telinga & tahi hidung, jadi kita perlu sentiasa korek bersihkan. Jadi jangan jemu bersihkan vagina kita.

..info khas buat semua..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan