Red Rose



Isnin, 29 Julai 2013

INFO:~Ibu-ibu lepas bersalin dan bakal2 ibu..sila ambil perhatian ya.. 2 JENIS MANDI WAJIB SELEPAS BERSALIN.

Terdapat 2 jenis mandi wajib selepas bersalin iaitu:
1) Mandi wajib wiladah - selepas bersalin, perlu mandi wajib wiladah. Mandi wajib ini adalah mandi kerana melahirkan anak.

2) Mandi wajib selepas darah nifas kering (selepas 44hari)
Ramai keliru tentang mandi wajib ini.

Darah kotor yang keluar selepas bersalin dipanggil darah nifas. Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil darah nifas. Tempoh sekurang-kurangnya sekejap dan paling lama 60 hari.

A) Perkara yang HARAM dilakukan ketika nifas:

- Solat

- Membaca, menyentuh dan membawa al-Quran

- Bersetubuh

- Puasa

- Iktikaf iaitu berhenti dalam masjid

- Tawaf

RUKUN mandi wajib

- Niat

- Membasuh serta meratakan air ke seluruh anggota badan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan