Red Rose



Jumaat, 19 September 2014

Cara bertungku seluruh badan bagi mengurangkan sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan:.

Batu tungku dipanaskan lebih kurang selama 30 minit. Setelah itu, dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu. Setelah dibalut dengan rapi, hujungnya diikat dengan ketat supaya tidak terburai.
Tungku di bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher. letakkan di titik bekam kaahil,dan alakhadian.

Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang, atau dengan menggolek-golekkan tungku kehadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bulat atau bujur. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
Lebihkan sikit masa pada bahagian peha belah luar kiri kanan kaki. Ini kerana disitulah terletaknya urat utama untuk darah mengalir ke kaki. kalau block darah di situ,akibtnya..kaki cepat lenguh

Bertungku memerlukan kerajinan bagi mandapat kesan yang optimal. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan