Red Rose



Khamis, 3 November 2016

Penyakit endometriosis.

Darah haid bertaburan dalam perut dan disekitar rahim, kilang ovary dan saluran fallopian.
Ketika haid pesakit endometriosis bukan sahaja keluar haid dari faraj. Malah dalam perutnya pun berlumuran darah.
Darah haid toksik dan sering bunuh benih2 suami dan telor isteri. Dengan itu sukar nak hamil. Disamping itu senggugut pula.
Pesakit ini juga punya rahim yang retroverted atau menghala kearah tulang tongking. Tapi tidak semua orang yg rahim retroverted akan ditimpa penyakit endometriosis. Hanya mereka yang terlalu stress dan ketahanan atau immunity terlalu rendah berkemunkianan ditimpa endometriosis.
Pesakit saperti ini sebaiknya menjalani bedah kecil laparoscopy untuk laser cautery tumbuhan endometriosis . Disamping menguatkan otot rahim agar kedudukan rahim dibetulkan dari retroverted kepada anteverted.
Selepas menjalani laparoscopy penting sangat bagi pengidap2 endometriosis mengubah caragaya hidup kepada amalan dan tabiat sihat.
Ubah tabiat dan adab makan, pemilihan makanan yang berzat dan berkhasiat. Jauhkan makanan yang mengandungi terlalu banyak penawet dan perisa ( Junk and Fast foods)
a. Lebih makan sayur2, ulam2 dan buah2 – Dari sini terdapat banyak sumber berbagai vitamin, logam2, essential amino acids. Antioxidant yang kesemuanya akan meningkatkan system pertahanan badan atau immunity. Saya percaya tisyu darah haid yang tumbuh menjadi endometriosis ada kaitan dengan wanita yang lemah ketahanan atau immunity. Ada kalanya, walau pun rahim retroverted wanita itu tak mengidap endometriosis sebab immunitynya tinggi dan dapat menangkis pertumbuhan penyakit tersebut.
b. Diantara buah2 yang dicadangkan ialah jambu batu, papaya, dragon fruit, water melon, green apple, red grape, delima., strawberry dan keroma.
c. Sayur dan ulam2 yang dimakan mentah sebagai salad atau rojak dan menggunakan virgin olive oil dan lemon sebagai dressing adalah baik dan berkesan untuk meningkatkan immunity.
4. Pengambilan supplement – Antioxidant dan Vitamin
Vit C 500 mg – 1 Gm sehari akan meningkatkan ketahanan untuk menangkis penyakit.
Vit E 400-800 IU setiap hari menigkatkan immunity
Multivitamins yang mengadungi B complex dan logam2, banyak jenama dipasaran , bolih dibeli dari mana2 farmasi.
Antioxidant juga penting untuk membersihkan toksin dan untuk membersihkan ‘free radicals’ yang menyebabkan sel2 mati. Kesannya mencegah penyakit dan awet muda. Buah2 dan sayur2 yg berwarna warni mengandungi banyak anti oxidants.
5. Penggunaan hormone natural progesterone.
Pengidap2 endometriosis mengandungi hormone estrogen dalam tahap yang terlalu tinggi dan tidak cukup kandungan progesterone. Ini menyebabkan sel2 yang sensitive kepada tindakan estrogen saperti endometrium, sel2 payu dara tumbuh membiak tanpa kawalan, biasanya progesterone biasa yang counter tindakan estrogen. Ini menggalakkan tumbuhan endometriosis, fibroid dan tumbuhan payu dara.
Pil2 progesterone saperti Norculut biasa saya gunakan untuk merawat endometriosis. Walau demikian ada juga Natural progesterone cream yang dijual dipasaran internet, yang biasa disapukan pada depan siku atau tangan mengikut dos yang di syorkan. Progesteron biasanya tidak memberi side effect.
6. Makanan dan ubat2 Anti inflammatory
Peroses pertumbuhan penyakit endometriosis melibatkan reaksi radangan atau inflammation terok menyebabkan kerosakkan tisyu berlaku pada tempat pertumbuhan endometriosis dan kawasan sekitaran.
Makanan kita saperti papaya dan nenas banyak mengandungi enjim2 yang ada kesan untuk mengurangkan radangan /inflamasi tisyu – papase dalam papaya dan bromalin dalam nenas. Banyak lagi makanan2 yang anti inflammatory – cari google.
7. Perkara2 yang perlu dijauhkan.
a, Minuman kopi dan teh selain teh hijau dan minuman fizzy/carbonik tidak digalakkan dan patut dijaukan. Sedangkan air paip juga dipercayai mengadungi sisa2 estrogen dari pil perancang yang masuk air melalui kencing.
b. Segala jenis insecticide spray, racun rumput rumpai ,cat2, bahan2 kimia dalam sabun dan bahan2 pencuci dan dalam shampoo, gas fume dari kereta, kilang air conditioner. Kemua patut dielakkan jika bolih, cuba guna bahan2 organic.
8. Tenangkan fikiran dan Relax – teguhkan iman dan tingkatkan taqwa.
Berbagai kaedah bolih digunakan untuk mencapai ketenangan fikiran , kecerian emosi dan kestabilan rohani. Hakikat ini sangat penting kerana bila stress, ketahanan badan dan immunity lemah dan penyakit mudah menyerang.
a. Riadah atau exercise sangat penting – 30 minit sehari, tak kisah apa bentuk pun asalkan keluar peluh dan mengikat kegemaran masings2
b. Pilih satu hobi sama ada musik, melukis ,mengail ikan atau lain2 yang bolih melapangkan fikiran.
c. Sicialise – cari rakan dan teman yang mengajak kepada membuat kebajikan, menolong orang susah atau miskin.
d. Bagi musliminat – solat , baca quran, doa dan berzikir. Bagi ugama lain meditation, yoga dan lain2 yang dapat mentenangkan fikiran dan melapangan jiwa.
Sumber : Dr Hamid Arshat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan